Temasya Olagraga SKST 2010 - Hari Pertama

Olahraga PKP Paya 2010 - Hari Pertama

Rabu, 14 Julai 2010

SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH - HARI PERTAMA







Pada 13 Julai 2010, jam 2.30 Petang ,SK Seri Tunjong telah mengadakan Temasya Olahraga Antara Rumah.

Acara perbarisan dan perasmian penutupan akan diadakan pada hari terakhir temasya iaitu pada 15 Julai 2010 (Khamis) jam 2.30 petang.

Ibubapa , waris penjaga murid amat dialu-alukan kehadiran bagi memeriahkan temasya sukan kali ini.

Rumah-rumah sukan yang bertanding terdiri dari rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Syaas kepada Ketua-ketua rumah sukan kerana telah menghantar peserta untuk semua kategori acara yang dipertandingkan.

Isnin, 17 Mei 2010

Karnival Futsal MILO 2010 Bwh 12 & 16 Tahun






Pagi-pagi lagi dah bergegas ke sekolah untuk membawa pasukan futsal sekolah ke Karnival Futsal Milo bertempat di D'Futsal Batu 2 Jln Kaki Bukit, Perlis.

Pasukan SKST berada dalam group D bersama-sama denga pasukan DFC dan Kickers. Keputusan perlawanan SKST berjaya mengalahkan DFC 3-0 dan seri dengan Kickers FC 1-1. Keputusan ini menjadikan pasukan SKST sebagai johan kumpulan dan Kickers naib johan kumpulan. Di pusingan kedua pasukan SKST bertemu dengan pasukan dari negeri Kelantan dan seperti dijangka pasukan kita tewas 0-2. Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada barisan pemain SKST (Soccer Kids Seri Tunjong) atas tentangan hebat diberikan sebelum tewas di atas faktor kekurangan pengalaman bermain futsal.

Tahniah juga kepada Ust Shukri (Jurulath) dan Cikgu Hisham (Pengurus Pasukan) di atas sumbangan tenaga dan minda dalam menggerakkan penyertaan pasukan SKST dalam kejohanan ini. Tahun hadapan , insya Allah kita pulun lagi.

Jumaat, 7 Mei 2010

HOKI KITA CEMERLANG



Pada hari Rabu 05.05.2010 bertempat di Stadium Hoki Kangar telah berlangsung perlawanan akhir Hoki MSSPs Bawah 12 Tahun.

Perlawanan akhir itu menemukan pasukan sekolah kita berentap dengan SK Kg Salang Kangar. Keputusan perlawanan SKST menang dengan keputusan 2-1. Manakala hoki perempuan pula kita sekadar menduduki tempat ketiga.

Pihak sekolah merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada pasukan hoki di atas kejayaan tersebut, terutama kepada pemain-pemain, jurulatih dan pengurus pasukan sekolah. Teruskan kecemerlangan di tahun hadapan.

Rabu, 5 Mei 2010

KEJOHANAN SOFBOL MSSPs 2010 BWH 12 THN



Pada hari Selasa 3 Mei 2010, webeditor berkesempatan menonton perlawanan sofbol MSSPs Bawah 12 tahun di padang SK Jalan Raja Syed Alwi melibatkan pasukan sekolah kita. Keputusannya tidak diketahui.

Di atas adalah sebahagian screenshot yang sempat diambil buat tatapan warga sekolah. Adalah diharap webeditor akan mendapat keputusan penuh bagi kejohanan tersebut. Insya Allah.

Selasa, 27 April 2010

KEJOHANAN BOLATAMPAR PKP PAYA 2010



Kejohanan Bola Tampar PKP Paya 2010
Tarikh : 20-21/4/2010
Tempat : SK Batu Bertangkup

Lelaki
Tempat Pertama: SK Batu Bertangkup
Tempat Kedua : SK Seri Tunjong
Tempat Ketiga : SK Bkt Keteri
Tempat Keempat: SK Padang Melangit
Tempat Kelima : SK Abi

Perempuan
Tempat Pertama: SK Batu Bertangkup
Tempat Kedua : SK Abi
Tempat Ketiga : SK Seri Tunjong
Tempat Keempat: SK Padang Melangit
Tempat Kelima : SK Bkt Keteri

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan kepada pengurus,jurulatih lelaki dan perempuan serta pemain-pemain atas kejayaan yang diperoleh. Muga tahun-tahun yang akan datang SKST akan terus menyinar dalam sukan dan permainan khususnya di PKP Paya dan peringkat negeri khasnya


Nota:Webeditor mengucapkan terimakasih kepada Cikgu Laila atas kiriman photo sekitar kejohanan bolatampar PKP Paya tempohari.

Jumaat, 12 Mac 2010

Jamuan Bolasepak

Pada 11 Mac 2010 Jam 12.30 tengahari bertempat di Pusat Akses pengurusan pasukan bolasepak sekolah telah sudi mengadakan jamuan dengan hidangan Radix Fried Chicken kepada pemain-pemain bolasepak sekolah.

Peruntukan jamuan ini adalah hasil sumbangan pihak pengurusan pasukan. Tujuan jamuan ini diadakan bagi mengenang jasa pemain-pemain sekolah yang telah berjaya memperoleh tempat ketiga walaupun sasaran awal pengurusan untuk layak ke perlawanan akhir.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran ramai guru-guru yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan sepanjang kejohanan tempohari.

Majlis penyampaian cenderahati juga turut di adakan. Cenderahati telah di sampaikan oleh Cikgu Maznan selaku Penyelaras sukan dan permainan sebagai menggantikan GPK Ko Kurikulum Pn Norhayati Omar yang berkursus.

Kepada pasukan bolasepak sekolah, keringat anda dihargai. Tahun hadapan kita berjuang lagi dengan perancangan yang lebih rapi. Pengurusan juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengurus dan jurulatih pasukan Ustaz Shukri Abd Rani, Cikgu Ku Mansor Ku Hamd, serta cikgu Fadzli Kassim di atas komitmennya yang tinggi. Semoga pengurusan ini dapat dikekalkan lagi pada tahun hadapan, Insya Allah.

Wassalam.

Jumaat, 5 Mac 2010

Ucapan Penghargaan Dari PK Kokurikulum




Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum Puan Norhayati merakamkan jutaan penghargaan kepada semua guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung ataupun tidak di atas sumbangan khidmat dan bakti menjayakan Kejohanan Olahraga PKP Paya.

Muga Allah jua yang membalas segala pengorbanan anda semua.

Khamis, 25 Februari 2010

Kejoahanan Olahraga PKP Paya 2010- Hari Kedua



Kejohanan Olahraga berakhir petang tadi membawa berita duka buat kontinjen SKST. Kita hanya mampu meraih 1 pingat emas dan 3 gangsa. Satu pencapaian yang jauh merosot dari tahun lepas.

Apapun, ayuh kita mengorak langkah ke arah SKST yang lebih "excellence" pada tahun hadapan. Insya Allah

Selasa, 23 Februari 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA PKP PAYA 2010


Kejohanan olehraga PKP Paya bagi tahun 2010 akan dilansungkan pada 24 dan 25 Februari 2010. Kejohanan ini akan diadakan di SK Bukit Ketri,Perlis. Pengelola Kejohanan SK Seri Tunjong berharap masyarakat setempat dapat hadir dan bersama-sama menjayakan kejohanan ini dengan memberi sokongan moral kepada penglibatan anak masing-masing.

Sabtu, 13 Februari 2010

Separuh Akhir Bolasepak - Kita Tewas Tipis







Klik untuk besarkan imej


Pada 11.02.2010 (Khamis): Pasukan bolasepak kita tewas tipis akhirnya kepada SK Batu Bertangkup dalam perlawanan yang penuh dramatik. Disebabkan kealpaan barisan pertahanan, gawang kita ditembusi juga pada minit-minit akhir perlawanan.

Bagaimanapun, syabas kepada pemain-pemain dan pengurusan atas kejyaan memasuki sehingga kep perlawanan separuh akhir. Tahun depan kita buktikan kembali.

From: "Centre Of Excellence, SKST"