Temasya Olagraga SKST 2010 - Hari Pertama

Olahraga PKP Paya 2010 - Hari Pertama

Memaparkan catatan dengan label Bolasepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bolasepak. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Mac 2010

Jamuan Bolasepak

Pada 11 Mac 2010 Jam 12.30 tengahari bertempat di Pusat Akses pengurusan pasukan bolasepak sekolah telah sudi mengadakan jamuan dengan hidangan Radix Fried Chicken kepada pemain-pemain bolasepak sekolah.

Peruntukan jamuan ini adalah hasil sumbangan pihak pengurusan pasukan. Tujuan jamuan ini diadakan bagi mengenang jasa pemain-pemain sekolah yang telah berjaya memperoleh tempat ketiga walaupun sasaran awal pengurusan untuk layak ke perlawanan akhir.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran ramai guru-guru yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan sepanjang kejohanan tempohari.

Majlis penyampaian cenderahati juga turut di adakan. Cenderahati telah di sampaikan oleh Cikgu Maznan selaku Penyelaras sukan dan permainan sebagai menggantikan GPK Ko Kurikulum Pn Norhayati Omar yang berkursus.

Kepada pasukan bolasepak sekolah, keringat anda dihargai. Tahun hadapan kita berjuang lagi dengan perancangan yang lebih rapi. Pengurusan juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengurus dan jurulatih pasukan Ustaz Shukri Abd Rani, Cikgu Ku Mansor Ku Hamd, serta cikgu Fadzli Kassim di atas komitmennya yang tinggi. Semoga pengurusan ini dapat dikekalkan lagi pada tahun hadapan, Insya Allah.

Wassalam.

Sabtu, 13 Februari 2010

Separuh Akhir Bolasepak - Kita Tewas Tipis







Klik untuk besarkan imej


Pada 11.02.2010 (Khamis): Pasukan bolasepak kita tewas tipis akhirnya kepada SK Batu Bertangkup dalam perlawanan yang penuh dramatik. Disebabkan kealpaan barisan pertahanan, gawang kita ditembusi juga pada minit-minit akhir perlawanan.

Bagaimanapun, syabas kepada pemain-pemain dan pengurusan atas kejyaan memasuki sehingga kep perlawanan separuh akhir. Tahun depan kita buktikan kembali.

From: "Centre Of Excellence, SKST"

Rabu, 10 Februari 2010

Hari Kedua Kejohanan Bolasepak PKP Paya



Hari ini sekolah kita menempuh satu lagi perlawanan berhadapan dengan pasukan tuan rumah PKP Paya. Perlawanan berkesudahan dengan seri 1-1. Bagaimanapun keputusan itu masih meletakkan SK Seri Tunjong sebagai Johan kumpulan C dan akan berhadapan dengan SK Batu Bertangkup esok jam 3.30 petang dalam perlawanan yang dijangka menarik.

Kehadiran penyokong amat diperlukan untuk menyemarakkan semangat pasukan.

Selasa, 9 Februari 2010

Kejohanan Bolasepak MSSPs Bawah 12 Tahun PKP Paya




Seperti diduga pasukan sekolah kita tidak menghadapi banyak masalah untuk menjinakkan pasukan lawan pada petang tadi. Pada perlawanan kumpulan C, SK Seri tunjong berjaya mengalahkan SK Beseri dengan jaringan besar 5 - 1, walaupun terpaksa bermain dalam cuaca terik. Pasukan kita menguasai permainan sepenuhnya.

Dalam perlawanan kedua selepas berehat lebih kurang 50 minit Sk seri Tunjong berhadapan pulak dengan Sek ren Seri 1. Sekali lagi kita mencatat kemenangan 2 - 1 walaupun rata-rata pemain telah keletihan.

Pun begitu, kredit patut diberikan kepada pemain dengan kekentalan semangat juang yang tinggi. Besok SK Seri Tunjong akan sekali lagi beraksi pada perlawanan pertama yang dijadual bermula jam 3 petang bertemu dengan pasukan tuan rumah SK Bukit Ketri. Harapan agar semua warga sekolah dapat meluangkan masa memeriahkan kejohanan. Kehadiran anda dialu-alukan.

Rabu, 3 Februari 2010

Siri Perlawanan Persahabatan - Kita Unggul

Petang tadi pasukan bolasepak SK Seri Tunjong telah mengadakan perlawanan persahabatan yang kedua menentang pasukan SK Oran. Dalam siri perlawanan yang lalu sekolah kita membelasah SK Pdang Besar Utara dengan jaringan 6 - 4.

Hari ini sekali lagi kita berjaya mengalahkan SK Oran dengan jaringan 4 - 1. Pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan buat Ustaz Shukri atas kesungguhan beliau melatih pasukan sekolah sehingga mantap pada semua posisi. Pujian juga patut diberikan kepada pemain-pemain yang beraksi dengan penuh semangat. Pengurus pasukan berharap mementum ini dapat diteruskan dengan sedikit pembetulan pada posisi yang telah dikenal pasti.

Pun begitu, ujian sebenar akan bermula pada Isnin ini apabila Kejohanan Bolasepak PKP Paya akan bermula bertempat di SK Bukit Ketri. Harap semua warga sekolah dapat membanjiri padang SK Bkt Ketri nanti.

Rabu, 27 Januari 2010

Perlawanan Persahabatan SKST Vs SKPBU

Satu perlawanan persahabatn bolasepak Bawah 12 Tahun telah berlangsung pada 27 Jan 2010 bertempat di SK Seri Tunjong.

Perlawanan bermula pukul 5.00 petang, di mana SK Seri Tunjong telah berjaya mengalahkan pasukan pelawat dengan jaringan kemenangan 6 - 4.

Bagaimanapun jurulatih pasukan ustaz Shukri masih tidak berpuashat dengan persembahan anak didiknya. Kenyataan ini sependapat dengan Pengurus Pasukan Cikgu Azam yang melihat rata-rata pemain tidak menunjukkan persembahan terpuji. Bagaimanapun kejayaan dicapai masih boleh dibanggakan.

Nota: Gambar perlawanan tidak sempat dirakam.

Khamis, 21 Januari 2010

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN BOLASEPAK PKP PAYA

Pada 20 Jan 2010, jam 3.00 petang telah diadakan mesyuarat seperti yang dinyatakan seperti di atas bertempat di SK Bukit Ketri.

Tahun ini format 3 kumpulan diperkenalkan. Sek Keb Seri Tunjong ditempatkan dalam kumpulan C bersama Sekolah Seri (1), SK Beseri dan pasukan tuanrumah SK Bukit Ketri. Semua perlawanan divenue SK Bukit Ketri.

Tarikh kejohanan ditetapkan pada 8 hingga 12 Februari 2010. Perlawanan akan bermula pada jam 2.45 petang. Muga tahun ini kita berjaya melakar sejarah sekali lagi.