Untuk pengetahuan semua warga sekolah yang sememangnya telah tahu bahawa tarikh kejohanan olahraga sekolah telah ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan lagi.
Ini disebabkan oleh arahan dari pihak Jabatan Pelajaran Perlis yag mahu kejohanan ini diadakan pada bulan Mei 2010 nanti. Kepada guru-guru olahraga diharap anda meneruskan latihan seperti biasa bagi menyediakan pasukan olahraga sekolah ke peringkat kawasan.
SU Sukan
Rabu, 27 Januari 2010
Perlawanan Persahabatan SKST Vs SKPBU
Satu perlawanan persahabatn bolasepak Bawah 12 Tahun telah berlangsung pada 27 Jan 2010 bertempat di SK Seri Tunjong.
Perlawanan bermula pukul 5.00 petang, di mana SK Seri Tunjong telah berjaya mengalahkan pasukan pelawat dengan jaringan kemenangan 6 - 4.
Bagaimanapun jurulatih pasukan ustaz Shukri masih tidak berpuashat dengan persembahan anak didiknya. Kenyataan ini sependapat dengan Pengurus Pasukan Cikgu Azam yang melihat rata-rata pemain tidak menunjukkan persembahan terpuji. Bagaimanapun kejayaan dicapai masih boleh dibanggakan.
Nota: Gambar perlawanan tidak sempat dirakam.

Isnin, 25 Januari 2010
RALAT : OLAHRAGA SEKOLAH
Harap maaf, kejohanan Olahraga Sekolah akan diadakan pada 4 dan 5 Februari 2010 bukannya pada 18 dan 19 Februari seperti yang tercatat pada entri terdahulu.
Khamis, 21 Januari 2010
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN BOLASEPAK PKP PAYA
Pada 20 Jan 2010, jam 3.00 petang telah diadakan mesyuarat seperti yang dinyatakan seperti di atas bertempat di SK Bukit Ketri.
Tahun ini format 3 kumpulan diperkenalkan. Sek Keb Seri Tunjong ditempatkan dalam kumpulan C bersama Sekolah Seri (1), SK Beseri dan pasukan tuanrumah SK Bukit Ketri. Semua perlawanan divenue SK Bukit Ketri.
Tarikh kejohanan ditetapkan pada 8 hingga 12 Februari 2010. Perlawanan akan bermula pada jam 2.45 petang. Muga tahun ini kita berjaya melakar sejarah sekali lagi.

Isnin, 11 Januari 2010
Latihan Merentas Desa SK Seri Tunjong

Jam 4.30 petang 11.0.2010, satu latihan bagi acara merentas desa telah di adakan. Di mana kesemua rumah rumah sukan Merah,biru,kuning dan hijau dan melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga 6 telah mengambil bahagian.
Alhamdulillah, semua guru-guru telah turut serta bagi menjayakan acara tersebut. (
Khamis, 7 Januari 2010
Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah

Khamis,07 Januari 2010 jam 1.10 petang telah diadakan mesyuarat Majlis Sukan Sekolah. Antara agenda mesyuarat ialah menetapkan tarikh acara merentas desa yang akan diadakan pada 23 Januari 2010 (Sabtu).
Disamping itu mesyuarat juga mengambil ketetapan bahawa acara olahraga sekolah akan di adakan pada 18 dan 19 Februari 2010.
Langgan:
Catatan (Atom)